Saturday, 27 June 2015

5 Model Perabut Jimat Ruang


1 - Katil Bujang

Katil yabg boleh lipat menghala ke dinding amat memberi ruang di dalam rumah anda. Anda boleh menyipannya ketika tidak menggunakannya.


2 -Katil + Meja Komputer

Sesetengah orang suka membuat kerja-kerja komputer di tempat tidur. perabut seperti gambar di atas amat sesuai bagi gogolngan yang berumah kecil.



3 - Sofa +Katil

Perabut ini sesuai diletakkan di dalam bilik. Ia amat sesuai diletakkan jika rumah anda merupakan Studio Room.


4 - Meja + Katil bujang

Sinomin dengan keperluan remaja zaman kini yang menginginkan bilik yang semputna. Katik yang dilengkai dengan box kiri dan kanan amat sesuai bagi remaja.



5 - Tangga Storange

Menyimpan barangan di bawah tangga lebih melihatkan kawasan rumah anda tersusun dan banyak tempat simpanan. Anak anda boleh bermian sembunyi-sembunyi di bawah tangga kelak.

SALAT TERAWIH

Assalamualaikum

Memandangkan Ramadhan baru saja tiba, posting kali ini ingin mengajar cara untuk selawat ketika majlis solat tarawih. Walaupun sesetengah orang berpendapat selawat ini tidak mengikuti cara nabi, namun ia boleh dilaksanakan selagimana ritual ini tidak dianggap sunnah. Hanya sekadar adat di nusantara. 



Bilal-  سُبْحَانَ اللهِ  وَالـْحَمْدُ لِلّهِ وَلاَ  إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَللهُ  أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ  إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيم         
Bilal -  اللَّهُمَّ  صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Makmum-  صَلََ اللهُ وَسَلَّمْ عَلَيْهِ 
Bilal -  اللَّهُمَّ  صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَناَ  مُحَمَّدٍ 
Makmum -  صَلََ اللهُ وَسَلَّمْ عَلَيْهِ 
Bilal -  اللَّهُمَّ  صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا  وَمَوْلاَناَ  مُحَمَّدٍ 
Makmum -  صَلََ اللهُ وَسَلَّمْ عَلَيْهِ 
Bilal -  الصَّلاَةُ سُتَّةَ التَّرَاوِيحِ جَامِعَةً أَثاَبَكُمُ الله ُ 
Makmum -  الصَّلاَةُ لاَ  إِلَهَ إِلاَّ اللهُ 
Selawat/ Zikir Selepas Rakaat 2/6 Bilal -  فَضْلاً مِنَ اللهِ وَنعِْمَةً 
Makmum -  وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً لاَ  إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ  لَهُ   لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيمُِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَِدِيرٍ Bilal -  اللَّهُمَّ  صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Makmum -  صَلََ اللهُ وَسَلَّمْ عَلَيْهِ 
Selawat/ Zikir Selepas Rakaat 4/8/12/16/20  Bilal -  سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُود
Makmum -  سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَوْجُودِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْحَيِّ الَّذِي لاَ يَناَمُ وَلاَ يَمُوتُ وَلاَ يَفُوتُ أَبَدًا سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوحِ . سُبْحَانَ اللهِ  وَالـْحَمْدُ لِلّهِ وَلاَ  إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَللهُ  أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ  إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ  
Bilal -  اللَّهُمَّ  صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَ ذخْرنَا  وَمَوْلاَناَ  مُحَمَّدٍ 
Makmum - صَلََ اللهُ وَسَلَّمْ عَلَيْهِ 
Doa Selepas Selawat Rakaat 4/8/12/16 بسم الله الرّحمان الرّحيم, اللّهمّ إنّا نسألك رضاك والجنّة, ونعوذبك من سختك والنّار. أللّهمّ إنّك عفوّ كريم تحبّ العفو فاعف عنّا وعن والدينا وعن جميع المسلمين والمسلمات برحمتك يا أرحم الرّاحمين. Selawat/Zikir Sebelum Witir  Bilal -  أَوْترُِوا وَمَجِّدُو ا وَعَظِّمُوا شَهْرَ الصِّيَامِ رَحِمَكُمُ الله 
Bilal -  اللَّهُمَّ  صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا  وَمَوْلاَناَ  مُحَمَّدٍ 
Makmum -  صَلََ اللهُ وَسَلَّمْ عَلَيْهِ 
Bilal -  الصَّلاَةُ سُتَّةَ الْوِتْرِ جَامِعَةً رَحِمَكُمُ الله ُ 
Makmum -  الصَّلاَةُ لاَ  إِلَهَ إِلاَّ اللهُ

EKONOMI : Malaysia Airlines


Malaysia Airlines pernah menjadi sebuah syarikat penerbangan di Asia suatu ketika daluhu. Namun, dengan berlakunya beberapa tragedi yang menimpa MAS, syarikat ikut kini dilihat mempunyai masalah dalam pengurusan. di bawah terdapat sedikit analisa mengenai MAS.

KEKUATAN (STRENGTH)
i. Mempunyai sokongan yang kuat daripada kerajaan
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Malaysia Airlines merupakan satu syarikat penerbangan yang mempunyai sokongan yang kuat daripada kerajaan. Sebelum ini, kerajaan telah banyak membantu MAS dari segi dana dan sekarang apabila terdapat isu besar dimana susulan daripada penstrukturan semula syarikat penerbangan itu, MAS akan memberhentikan 30% daripada jumlah pekerja yang dimiliki MAS, kerajaan dikatakan akan berusaha untuk membantu warga kerja Malaysia Airlines untuk diserap ke dalam tenaga kerja lain.
ii. Salah satu syarikat penerbangan yang yang popular didunia
Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Pada suatu ketika dulu, Malaysia Airlines merupakan satu penerbangan yang popular didunia. Malaysia Airlines dikenali sebagai salah sebuah syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke pelbagai destinasi, selesa dan mesra pelanggan. Malaysia Airlines telah memenangi beberapa anugerah sepanjang penubuhannya. Sehingga sekarang, Malaysia Airlines masih dikenali di serata dunia.


  KELEMAHAN (WEAKNESS)
i. Harga tambang yang mahal
Salah satu kelemahan terbesar MAS ialah tambangnya yang mahal. Bagi sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan, harga tiket sangat memberi pengaruh besar kepada pembuatan keputusan pelanggan. Apabila harga tambang MAS lebih mahal berbanding tambang syarikat yang lain seperti AirAsia dan Malindo, pelanggan lebih cenderung untuk memilih syarikat penerbangan yang lebih murah. Sekiranya hal ini berterusan, dikhuatiri ianya akan menambahkan lagi kerugian yang dialami oleh MAS pada masa kini.
ii. Dinilai buruk oleh masyarakat
Sebagaimana yang kita sedia maklum, sebelum ini MAS merupakan salah satu syarikat penerbangan yang popular di Malaysia dan dikenali di serata dunia dengan prestasinya yang cemerlang. Namun, pretasi MAS semakin merosot tahun demi tahun. Ditambahkan lagi dengan insiden kehilangan salah sebuah pesawat MAS, MH370 telah memburukkan lagi pandangan dan persepsi masyarakat terhadap syarikat MAS. Tidak cukup dengan itu, belum masalah atau isu MH370 selesai, MAS diuji lagi dengan satu insiden dimana MH17 yang dalam perjalana ke Amsterdam telah ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Ukraine. Kedua-dua insiden yang melibatkan dua pesawat milik MAS telah memberikan pandangan dan persepsi yang buruk dari masyarkat di serata dunia terhadap MAS. Masyarakt juga dikatakan hilang keyakinan terhadap MAS ekoran daripada kejadian tersebut.
  
iii. Mempunyai kewangan yang lemah
Sebelum timbulnya isu pentadbiran CEO baru yang lemah dan isu MH370 serta MH17, MAS dikatakan memang sedang mempunyai masalah kewangan yang agak teruk dimana MAS menanggung jumlah hutang yang sangat besar. Jumlah hutang MAS semakin bertambah ekoran daripada insiden yang menimpa MAS iaitu insiden kehilangan MH370 dan insiden MH17 yang ditembak jatuh. Sistem kewangan yang lemah juga merupakan salah satu kelemahan MAS yang menyumbang kepada kejatuhan MAS.
iv. Kurang promosi

Malaysia Airlines merupakan sebuah syarikat yang terkenal dan menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa berbanding penerbangan lain seperti AirAsia. Walaubagaimanapun, selepas insiden MH370 dan MH17 yang menimpa MAS telah menyebabkan prestasi MAS semakin merosot, masyarakat hilang keyakinan dengan MAS dan ditambahkan lagi dengan harga tiket yang mahal menyebabkan penumpang MAS semakin berkurang hari demi hari sehingga menyebabkan MAS mengalami kerugian hampir 3 juta sehari. Dalam situasi sebegini, MAS sepatutnya menjalankan promosi untuk menarik menarik minat pelanggan untuk memilih MAS. Namun, MAS kurang mengadakan promosi mungkin akibat daripada kerugian yang dialami.

Iklan MAS

Friday, 26 June 2015

BARANG RIBAWI DAN ‘ILLAHNYA.

1     Barang ribawi telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai barang yang tidak boleh ditukar dengan barangan yang sama secara berlebihan. Terdapat 6 barang ribawi yang disepakati oleh ulama’ iaitu Emas, perak, tamar, gamdum, barli dan garam. Ini diambil berdasarkan hadith yang diriwyatkan oleh Ubadah bin Thamith Yang Meenyatakan :

الذَّهَبُ بِالذَّهَب وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, sya’ir (gandum yang lebih rendah kualitasnya) dengan sya’ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam, pertukarannya harus semisal dan semisal, sama dan sama, tangan dan tangan. Maka jika terjadi perbedaan pada barang-barang ini lakukanlah jual beli semau kalian selama dilakukan antara tangan dan tangan.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu’anhu, dan lafaz ini milik Muslim]

Berdasarkan Hadith di atas, barang ribawi boleh dikategorikan kepada dua iaitu logam dan bukan logam. Pertukaran daripada barang ribawi hendaklah sama jenis dan sama nilai pertukarannya.

Para ulama’ membincangkan ‘illah[1] barang ribawi berdasarkan keadaan barang tersebut. Pada zahir barangan logam seperti emas dan perak, ‘illahnya adalah harga menurut pandangan Mazhab Syafie, Maliki, dan riwayat Imam Ahmad Bin Hanbal. Pendapat ini ada persamaan dengan pendapat Imam Ibnu Taymiyyah mengenai barangan logam dalam ‘illah barangan ribawi adalah sifatnya yang boleh dijadikan harga. Beliau berpendapat riba hanya berlaku kepada sesuatu yang dinamakan sebagai matawang. Ini berbeza dengan pendapat Mazhab Hanafi yang menyatakan ‘illah bagi logam barangan ribawi adalah timbangan. Namun begitu, jumhur ulama’ sepakat bahawa barang bukan logam. ‘illahnya adalah timbangan.

Maka, ‘illah riba ini terhad kepada apa yang dinamakan wang tetap dengan harga terhadap semua barang, iaitu emas dan perak. Sesuatu yang boleh dijadikan fungsi matawang dalam ukurun urusniaga jual beli seperti wang fiat yang dibuat daripada kertas, logam, dan sepertinya. Oleh itu, barangan ribawi yang bukan logam tidak menjadi perbahasan riba kerana ‘illahnya yang tidak menjadi asas kepada harga mengikut zaman sekarang.



[1] Punca utama kenapa sesuatu sifat hukum di syariaatkan

SIAPA QADIANI?

BUKAN AGAMA ISLAM. Bagi mereka yang baru, pasti tertanya-tanya mengenai istilah “QADIANI” yang seperti telah dikafirkan oleh papan tanda tersebut. Siapakah ini sebenarnya? Adakah sebuah golongan yang bahaya atau tidak?

Pada syawal baru ini, perkembangan yang pesat di sana menimbulkan seribu persoalan diminda masyarakt kampung nakhoda berikutan  jumlah pengunjung yang ramai berkumpul. Pakir di bahagian tepi jalan menjadi sesak dan terdapat rela dari kalangan mereka yang menjaga. Perkara ini amat membimbangkan semua pihak berikutan masalah aqidah yang semakin berleluasa tanpa ada usaha untuk menyekat ataupun menghalang.

            Qadiani merupakan sebuah fahaman agama yang bahaya dan khurafat lagi menyesatkan. Ia  telah di asaskan oleh MIRZA GHULAM AHMAD dilahirkan pada tahun 1839 di kampung Qadian dalam daerah Gurdaspur pada peringkat akhir pemerintahan Sikh di situ. Bapanya bernama Mirza Ghulam Murtaza bin Mirza Atta Muhammad. Dia berketurunan Borlas dari bangsa Moghul.  Dia mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi. Dia menyatakan keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke India dan menetap di Qadian.

             Mirza telah mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan (The Promised Messiah) pada tahun 1891 dan sebagai nabi Allah pada tahun 1901, maka ulama-ulama Islam mula menyerang dakwaannya itu. Antara mereka termasuklah Maulana Sana’ullah Amritsari, pengarang (penyunting) buku Ahli-Hadith.

              Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan lantang menjawab dan mencabar Maulana Sana’ullah di atas tuduhannya itu. Antara lain Mirza berkata: “Jika saya ini pembohong dan penipu maka saya akan mati pada masa kau masih hidup kerana saya tahu bahawa hidup seorang pembohong itu tidak akan panjang; dia akan mati sebagai seorang yang gagal pada masa lawannya masih hidup. Tetapi jika saya bukan pembohong malah diutuskan Allah dan juga sebagai Al-Masih yang dijanjikan maka saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak akan dapat lari balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan Allah, maka penyakit yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan kau selagi saya masih hidup sebagai bukti saya ini pembohong”.

             Tetapi setahun selepas itu iaitu pada 25hb. Mei 1908, Mirza jatuh sakit akibat penyakit ceret-beret di Lahore. Pada masa itu juga, beliau diserang penyakit taun. Pada keesokan harinya, 20hb. Mei, 1908, Mirza meninggal dunia.

QADIANI DI MALAYSIA

            Di negara kita sendiri, Qadiani berjaya menyusup masuk pada awal 1930-an di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan pusat aktiviti terbesar mereka. Penyebarnya yang pertama dipercayai adalah Maulana Husin Iyaz yang telah datang ke Singapura pada tahun 1935 dan pejabatnya ialah di No. 116, Unan Road, Singapura. Melalui pejabatnya ini, dia menyebarkan ajaran sesat Qadiani kepada orang ramai.

           Selepas Maulana Husin Iyaz, datang pula Maulana Mohd Sadiq bin Barakatullah pada 22hb Disember 1949 sebagai penyebarnya di sini. Pada 15 Disember 1953 telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para ‘alim ulama’ di hadapan DYMM Sultan Selangor, Hasil perbincangan itu memutuskan, golongan Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam, malah terkeluar dari Islam. Perkembangan mereka menjadi lumpuh ekoran daripada dialog tersebut. Kini hanya satu pusat yang masih bergerak aktif iaitu No. 11A, Jalan  Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda, Batu Caves Selangor (Berdekatan Dengan Open Tahfiz Centre). Pusat ini mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat, perhimpunan antarabangsa dan penerbitan risalah.


JELAS KEKUFURAN MIRZA

1)    Penghinaan Mirza Ghulam Ahmad terhadap Nabi Muhammad
2)    Mendakwa sebagai jelmaan Nabi Muhammad
3)    Pengakuan sebagai Nabi Isa Alaihissalam dan penghinaan terhadap Baginda
4)    Mendakwa menerima wahyu setaraf dengan Al-Quran
5)    Mengkafirkan umat Islam yang tidak menurut ajarannya
6)    Menghapuskan jihad


FATWA PARA ULAMA TERHADAP AJARAN QADIANI

Liga Muslim Sedunia,  14hb – 18hb Rabiulawal 1394 H ( Bersamaan April 1974 ) MEKAH.
           
Qadianiah atau Ahmadiah merupakan suatu gerakan subversif yang
Menentang Islam dan Muslim sedunia. Ia, dengan penuh penipuan,
Mendakwa bahawa sebagai salah satu gerakan Islam. Bersembunyi di
Sebalik topeng Islam demi mencapai tujuan tertentu serta merancang
Untuk menghancurkan Islam daripada asasnya lagi.           

Qadiani hendaklah diisytiharkan sebagai bukan Muslim dan terkeluar daripada agama Islam. Mereka hendaklah turut ditegah daripada memasuki tanah suci Mekah dan Madinah.

Tidak boleh berurusan dengan pengikut-pengikut fahaman ini. Mereka hendaklah diboikot dari segi sosial, ekonomi dan budaya. Mereka tidak boleh bernikah dan dinikahi serta mayat mereka dilarang daripada ditanam di perkuburan Islam. Mereka hendaklah dilayan sebagai orang bukan Islam.


Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya yang ke-101 diadakan pada 18hb. Jun, 1975.

           
“Puak Qadianiah / Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam”.


Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor 1989,

           
Ajaran Qadiani Adalah Satu Ajaran Yang Menyalahi Ajaran Islam Yang Sebenarnya. Pengikut-Pengikut Ajaran Qadiani Ini Telah Dihukumkan Kafir Oleh Ulama-Ulama Islam Serata Dunia.

Jabatan Agama Islam Selangor Telah Menghukumkan Kafir Kepada Pengikut-Pengikut Qadiani Yang Berpusat Di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor Pada 15 / 12 / 1953 Setelah Mereka Dibicarakan Di Istana Kuala Lumpur Di Hadapan D.Y.M.M Sultan Selangor Serta Beberapa Orang Alim Ulama Di Negeri Selangor Ini. Setiap Orang Yang
Telah Menjadi Penganut Ajaran Qadiani Adalah Telah Murtad (Keluar Dari Agama Islam). Maka Wajiblah Dituntut Mereka Bertaubat Kembali Kepada Islam Dengan Mengikrar Dua Kalimah Syahadah.

Orang-orang Islam adalah dilarang menjual, mengedar, membeli,
memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku-
buku berikut:

(a)        “Invitation to Ahmadiyah” oleh Hazrat Hj. Mirza
            Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II)

(b)        “Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah” oleh
Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah.

(c)        “Alam sebagai Saksi” oleh Mohamad Zain bin Hassan.

(d)        “The Holy Quran With English Translation And Commentary” (vol. II, Part I) oleh M. Mas’ud Ahmad


Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

          “Bahawa ajaran Ahmadiah atau Qadiani yang dibawa oleh Mirza Ghulam Ahmad adalah bukan  daripada    ajaran Islam dan orang-orang yang mengikut ajaran ini bukanlah orang Islam.”


Sumber Asal : Awas! Qadiani Terkeluar Daripada Islam.. ( Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2008)

Bertawakkal Tanpa Mengingkari Sunnatullah

Firman Allah Taala :
"Maka Apabila Kamu telah bertekad maka bertawakkallah kamu kepada Allah" (ali Imran)

Tawakkal merupakan sebuah manifestasi taqwa bagi seseorang hamba kepada penciptanya. Seseorang hamba akan sentiasa meyakini diri mereka adalah 'hina' dan sering berhajat kepada Tuhannya dalam segala bentuk urusan, kudrat dan keadaan. Ibnu Rejab Menyebut : Tawakal adalah penyandaran hati pada Allah untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan dunia mahupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata.”

KONSEP BERTAWAKKAL

Meletakkan segala urusan kepada Allah adalah sifat bagi seseorang mukmin. Nabi Muhammad mengajar kita supaya sentiasa mengharapkan bantuan dan rahmat Allah. Di dalam dzikir yang nabi ajarkan kepada anaknya Fatimah R.Anha, ( bawah ) mempunyai nilai tawakkal yang cukup tinggi dengan meletakkan nasib ke atas Allah Azza Wajalla dengan sepenuhnya.

Pesanan Rasulullah kepada Puterinya : "Bacalah Dzikir ini pada waktu pagi dan petang"
Dengan berdoa seperti ini, bukanlah bermakna Allah akan menjadikan segala urusan menjadi baik tanpa usaha kita untuk mencapai kebaikan tersebut. Ini menunjukkan Konsep tawakkal bukanlah hanya terletak selepas berusaha, malah bertawakkal hendaklah berada sebelum sesuatu perkara dilaksanakan, sedang melaksanakan, atau pun setelah selesai melaksanakannya dengan  mengharap agar setiap urusan kita tidak ditinggalkan oleh Allah walaupun sekelip mata.

KEJAYAAN PERLU DIBAYAR DENGAN USAHA

Usaha yang diiringi dengan perancangan dan persiapan yang rapi, pasti akan menemui kejayaan. Setiap kejayaan pula mesti menemui pelbagai ujian dan pengorbanan. Tiada jalan mudah untuk memperoleh kejayaan walaupun dengan meletakkan harapan tinggi kepada Allah S.W.T.  Malah Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan utusan Allah, juga menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran dalam usahanya mencapai kemenangan islam. Melihat kepada perancangan yang cukup cantik di dalam hijrah Nabi, baginda berjaya melepaskan diri daripada buruan orang musyrikin tanpa mempunyai ilmu kebal ataupun mukjizat yang boleh menghilangkan dirinya, adapun kisah nabi membaca ayat 9 surah yasin untuk melepaskan diri daripada  musyrikin yang mengepung rumahnya merupakan suatu fakta yang tidak menepati sunnah penceritaan daripada sahabat. Perancangan yang tersusun di samping pengharapan kepada Allah  membuatkan baginda begitu yakin untuk meneruskan hijrah. Ketika melihat Abu Bakar R.A ketakutan di dalam gua Thur daripada ditemui oleh musyrikin quraisy, nabi berpesan "JANGANLAH ENGKAU BERDUKA CITA, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA"  dan kisah mereka dirakamkan di dalam surah At-taubah. : 40

   
40. kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "JANGANLAH ENGKAU BERDUKA CITA, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Demikian juga perjuangan nabi dalam menyebarkan dakwah islam. Peperangan uhud, memperlihatkan kepada kita kecederaan teruk berlaku kepada para sahabat akibat ingkar terhadap perancangan yang telah di susun. Nabi juga cedera apabila di baling batu dan najis unta. ketika di taif. Tidaklah berubah batu dan najis tersebut menjadi tamar ataupun lain-lain.

AYAT AL-QURAN BUKAN JAMPI 

Kepercayaan terhadap keberkatan ayat al-quran tidak dinafikan, namun kepercayaan yang dicipta-cipta  yang tidak pernah diceritakan oleh para sahabat dan sejarah islam merupakan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah.

 Terdapat suatu soalan yang ditanya kepada penulis mengenai tangkal pelaris yang dibacakan  ayat al-Quran untuk membuatkan sebuah perniagaan menjadi laris. Ini merupakan kesilapan yang besar kerana kepercayaan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Bukan kesalahan pada ayat al-Quran tetapi salah pada kepercayaannya. Hal perihal kelebihan al-quran hanyalah diketahui oleh Allah yang hanya diceritakan kepada utusanya. Usaha Abdur-Rahman Bin Au'f dalam berniaga menyebabkan beliau menjadi hebat dalam ilmu tersebut. Beliau dikatakan boleh menukar batu menjadi emas kerana hebat dalam ilmu perniagaan dengan usaha dan pengalamannya sendiri.

Demikian juga Air Yang Dibacakan Ayat al-Quran. Mewujudkan kepercayaan dengan membaca 30 juz al-Quran pada air dan diminum dapat menjadi punca seseorang mendapat hidayah ataupun cemerlang dalam pelajaran adalah sesuatu kepercayaan yang salah. Hal ini tidak dilakukan sama sekali oleh Nabi S.A.W. sepanjang sirah baginda. Telaga air zam-zam tidak dibacakan padanya ayat alquran supaya seluruh rakyat quraisy mendapat hidayah. Bahkan Abu Talib yang merupakan insan paling Nabi sayangi juga tidak dapat memperoleh hidayah. Ketika Nabi memohon agar Allah memberi hidayah kepada beliau, Allah menjawab dengan jawapan yang tegas : 


56. Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).



Namun begitu, kepercayaan terhadap menyembuhkan penyakit dengan menggunakan kaedah rawatan al-quran pernah diajar oleh nabi dan air zam-zam merupakan penawar bagi pelbagai penyakit. 

Oleh yang demikian, segala kejayaan bermula dengan azam dan usaha serta pengharapan daripada Allah S.W.T..  Tawakkal hendaklah selari dengan ketakwaan agar rahmatNYA  mengiringi setiap usaha yang kita lakukan. Semoga kita diberi petunjuk oleh-NYA. Walllahua'lam.

Hukum Pertukaran Antara Emas Tulen & Dinar Secara Hutang

Jual beli secara hutang dibenarkan dalam Islam sebagai altenatif kepada pinjaman secara bertangguh dengan adanya lebihan. Dalm urusniaga ini, pembeli layak untuk mengambil lebihan lantaran mengambil kira jangka waktu nilai matawang yang semakin meningkat  dan risiko sepanjang pembayaran. Dalam urusniaga barang kemas juga demikian. Memandangkan bayaran kini boleh dilakukan dengan pantas tanpa perlu menyerahkan zahir wang menjadikan penyerahan barang kemas secara tangguhan. Para pedagang memerlukan masa lebih kurang 20 hari hingga tiga bulan untuk melakukan akad jual beli tersebut. Jika bayaran ditangguh ketiga tempahan dibuat, ini boleh mendatangkan kerumitan dan membekukan modal. Dalam meneliti masalah ini, Ibnu Taymiyyah membolehkan barang kemas dijual dengan emas secara bertangguh.

Pendapat Ibnu Taymiyyah ini bertentangan dengan jumhur ulama’ yang Pendapat ini bertentangan dengan pendapat jumhur ulama’ yang menyatakan, sebarang bentuk emas sama ada berbentuk ketulan, ditempa atau disadur dengan emas tidak sah dilakukan jual beli secara bertangguh. Mereka berhujah dengan beberapa hadith yang melarang jual beli secara bertangguh.

Pada asalnya, Ibnu Taymiyyah berpendapat sama dengan jumhur ulama’ seperti yang dinyatakan dalam majmu’ al-fatawa yang menukilkan pendapat ulama’ mengenainya. Tetapi pendapat ini bertentangan dengan penilusannya seperti yang tertulis dalam Tafsir Ayat Ashkalat. Salman al-‘Awdah telah menegaskan bahawa (Salman, 2000): "Sebenarnya Ibnu Taymiyyah telah menarik balik pendapatnya yang telah mengharamkan transaksi ini kepada pendapat yang mengharuskan."

Secara umumnya, rumusan yang ditulis oleh Salman al-‘Awdah mengenai pandangan semula Ibnu Taymiyyah telah merumuskan bahawa emas dan perak itu telah bertukar fungsinya, tidak lagi sebagai medium pertukaran tetapi ia telah jadi barang dagangan. Oleh itu maka harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran. Pendapat ini dikosong oleh Ibnu Qayyim, Abbas Muhammad al-Baz dan Imam An-Nawawiy. Antara hujah yang dikemukakan oleh Ibnu Taymiyyah adalah :

i.                    ‘illah riba pada emas dan perak adalah kedudukan kedua-duanya sebagai harga. Sekiranya kedua-duanya telah menjadi perhiasan maka hanyalah semata-mata barangan sama seperti barangan lain yang diperniagakan. Dengan ini, ia boleh dijual secara berlebih kurang, tanpa persamaan dan segi timbangan dan boleh dijualbeli secara tangguh dan ansuran.

Emas dan perak adalah matawang yang diwajbkan zakat padanya tanpa perselisihan pandangan tetapi jika kedua-duanya dalam bentuk perhiasan maka tidak dikenakan zakat menurut kebanyakan ulama’ (semua mazhab fiqh kecuali mazhab Hanafi). Dengan ini, jelaslah bahawa perhiasan itu adalah barangan dan boleh dijual beli seperti biasa dan secara bertangguh

WANG FIAT & HUKUM SEKITARNYA

Persoalan ini agak berbeza dengan persoalan yang sebelum ini kerana masalah ini khusus utuk balasan terhadap harga emas. Iaitu wang fiat sama ada ia ringgit, riyal dolar, bath, rupiah dan lain-lain matawang yang diiktiraf kerajaan. Menurut pandangan kebanyakan ulama’ semasa, wang fiat berlaku padanya riba dengan  diqiyaskan kepada emas dan perak. Ini kerana nilai sesuatu barang di tentukar kadarnya berdasarkan emas dan perak. Ini bermkana wang kertas telah mengambil tempat emas dan perak sebagai fungsi sesuatu harga dan sudah semestinya ia  dijalankan mengikut hukum emas dan perak.

Ibnu Taymiyyah berpendapat berlaku riba diantara pertukaran mata wang dengan emas. Ini kerana ‘illah riba kepada emas itu adalah kedudukan sebagai harga, sama seperti mata wang. Namun demikian, pendapat beliau masih sama terhadap barangan emas atau perak ( yang berlaku tempaan atau tukangan )  di mana tidak berlaku riba padanya dan boleh di jual beli secara bertangguh atau ada lebihan.

Pendapat ini bertentangan dengan jumhur ulama’ yang mengatakan barang kemas juga dikenakan hukum hakam emas dan perak. Disebabkan wang kertas disandarkan kepada emas, ia tetap menjadi riba jika berlaku lebihan dalam urus niaga atau secaraca hutang.

Beberapa ulama’ Zahiri seperti Ibnu Aqil telah menghadkan riba kepad enam perkara sahaja seperti yang disebutkan dalam hadith. Mereka berpendapat wang fiat bukan barangan ribawi dan menyokong pendapat Ibnu Taymiyyah mengenai pertukaran emas dan perak dengan wang fiat secara lebihan dan secara hutang.

Menurut Salman al-‘Awdah, pandangan yang membolehkan jual beli barangan kemas dengan mata wang secara bertangguh ini mempunyai alasan dan hujah yang berbeza antara satu dengan yang lain. Secara umumnya, ia hanya tertumpu kepada dua kemungkinan, iaitu sama ada:
i.            ‘illah pada emas dan perak itu adalah kerana harga maka terkeluar barangan kemas kerana ia bukanlah harga tetapi sama seperti barangan dagangan lainnya (kecuali ia hendak dijadikan sebagai harga) atau

ii.            ‘illah itu adalah kedudukannya sebagai emas dan perak. ‘illah itu hanya terhad kepada kedua-duanya sahaja, tidak dipanjangkan kepada perkara lain. Oleh itu, mata wang kertas bukanlah emas atau perak secara mutlak

Hukum Hakam Perniagaan E-Gold

E-Gold merupakan satu matawang eletronik yang memiliki 100% sandaran emas. Individu yang ingin membeli emas tersebut perlu membuka akaun simpanan yang dinyatakan unit emas dan dikehendaki membayar dengan nilai tertentu. Pemilik akaun tersebut tidak menerima fizikal emas tersebut kerana ia disimpan oleh syarikat.

Fizikal emas sememangnya wujud. Namun, urusniaga ini seperti tidak sempurna kerana pembelian yang tidak secara lani[1] sepertimana pendapat jumhur ulama’. Walau bagaimana sepertimana pandangan Ibn Taymiyyah dan juga pandangan beberapa ulama’ lain sebagaimana yang telah dinyatakan di atas telah merumuskan bahawa jual beli mata wang dengan emas adalah dibenarkan sama ada secara tunai atau tertangguh maka urns niaga e-gold ini dianggap sah sama ada transaksi berlaku secara segera (tunai) atau tertangguh. Namun demikian transaksi ini akan sah jika barangan yang dijual beli (iaitu emas yang menjadi sandaran e-gold) sememangnya wujud. Oleh itu urns niaga e-gold dianggap sah sekiranya memenuhi syarat berikut:

i)         Sandaran emas sememangnya wujud.
ii)        Fizikal emas yang disediakan sebagai sandaran akaun kepada setiap individu pembeli diberikan secara berasingan.
Sebaliknya urus niaga adalah tidak sah sekira berlaku dua keadaan berikut:
i)         Fizikal emas yang sebenarnya tidak wujud sebaliknya hanya dinyatakan dalam akaun sahaja. Keadaan ini berlaku apabila penyimpan yang ingin membeli/menyimpan sejumlah wang ditukarkan nilainya dalam akaun simpanan kepada nilai ukuran atau timbangan emas harga semasa sedangkan ia tidak melalui proses jual beli emas.
ii)        Fizikal emas sekiranya ada tetapi diguna secara bersama untuk kesemua pembeli/penyimpan iaitu kesemua penyimpan dirujuk kepada fizikal emas yang sama. Keadaan ini berkemungkinan akan berlaku sekiranya jumlah keseluruhan simpanan oleh penyimpan melebihi sandaran fizikal yang dimiliki oleh syarikat.
Sehubungan dengan pandangan Ibn Taymiyyah tersebut maka urus niaga e-gold adalah dibenarkan sama ada dijalankan secara tunai atau tertangguh. Namun demikian harus diingat bahawa ia perlu memenuhi syarat yang dinyatakan iaitu wujud fizikal emas sebagai sandaran dan diperuntukkan kepada setiap pembeli / penyimpan secara bersendirian. Sekiranya syarikat pengeluar tidak jujur iaitu tanpa emas, atau dengan cara menggunakan fizikal emas yang sama kepada semua pembeli/penyimpan berulang kali maka transaksi tersebut adalah tidak sah.



[1] Penerimaan dan bayaran hendaklah dilaksanakan secara tunai.

BUHAISAH - Pendamai dunia yang dilupakan.

Gambar Hiasan
Pada masa jahiliyah terjadi perang panjang selama empat puluh tahun antarasuku Abs dan Dzubyan, perang berkepanjangan ini menghancurkan harta dan nyawa dalam jumlah besar. Perang berhenti ketika ada dua orang Al-Harits bin Auf dan Harim bin Sinan mendamaikan kedua suku dengan cara memikul beban kerugian perang, keduanya bersedia membayar diyat korban yang terbunuh dalam perang tersebut.
Usaha besar mendamaikan dua suku yang berperang panjang ini berawal dari kecerdikan seorang wanita yang merupakan istri al-Harits bin Auf, dialah yang mendorong suaminya untuk melakukan usaha luhur yang akhirnya berhasil menghentikan perang mendamaikan dua pihak yang bertikai.
Suatu hari al-Harits bin Auf berkata kepada Kharijah bin Sinan al-Murri, “Menurutmu bila aku melamar seseorang, dia menolakku?” Kharijah menjawab, “Ya, ada.” Al-Harits bertanya, “Siapa kira-kira?” Kharijah menjawab, “Aus bin Haritsah ath-Thai. Maka al-Harits berkata kepada pelayannya, “Kita pergi.” Keduanya berkendara sehingga mereka tiba di rumah Aus bin Haritsah. Aus menyambut al-Harits, “Selamat datang untukmu wahai Harits.” Harits menjawab, “Terima kasih.” Aus bertanya, “Apa hajatmu?” Harits menjawab, “Aku datang untuk melamar.” Aus menjawab, “Aku tidak menerima.”
Lalu Aus meninggalkannya dan masuk ke rumah dengan jengkel, istrinya menyambutnya dan bertanya, “Ada apa dengan dirimu? Siapa tamu yang berbicara sesaat denganmu lalu kamu meninggalkannya?” Aus menjawab, “Seorang tokoh Arab, Harits bin Auf.” Istrinya bertanya, “Mengapa tidak dipersilakan masuk?” Aus menjawab, “Dia melakukan sesuatu yang bodoh.” Istrinya bertanya, “Maksudmu?” Aus menjawab, “Dia datang tiba-tiba dan melamar.” Istrinya bertanya, “Apakah engkau tidak ingin menikahkan putrimu?” Aus menjawab, “Ya ingin.” Istrinya berkata, “Bila tidak dengan tokoh Arab, lalu dengan siapa?” Aus menjawab, “Sudah terlanjur, aku menolaknya.” Istrinya berkata, “Masih ada kesempatan bila engkau mau.” Aus bertanya, “Bagaimana caranya?” Istrinya menjawab, “Susul dia, dan katakan kepadanya, ‘Engkau datang di saat yang tidak tepat, maka engkau mendengar jawabanku yang tidak engkau harapkan. Tolong kembalilah ke rumah dan engkau akan mendapatkan apa yang engkau harapkan.”
Kharijah berkata, kamu kembali ke rumah Aus, kami dipersilahkan masuk. Saat kamu duduk, Aus memanggil, “Fulanah.” Dia memanggil anak tertuanya. Dia berkata, “Putriku, dia ini adalah Harits bin Auf, seorang tokoh Arab, dia datang untuk melamar. Bagaimana dirimu, bersediakah?” Putrinya menjawab, “Tidak, karena aku bukan wanita cantik, akhlakku tidak baik, aku juga bukan sepupunya sehingga dia menjaga hubungan kekerabatan, dia bukan tetangga yang merasa perlu malu kepadamu, aku tidak menjamin suatu saat dia akan mentalakku, hal itu sangat menyedihkanku.”
Aus berkata, “Masuklah. Fulanah.” Dia memanggil anak perempuannya yang kedua. Dia berkata seperti yang dia katakan kepada putrinya yang pertama. Maka putrinya yang kedua menjawab, “Aku anak perempuan yang tidak bisa apa-apa, aku tidak menjamin suatu saat dia akan mentalakku, hal itu sangat menyedihkanku, aku juga bukan sepupunya sehingga dia menjaga hubungan kekerabatan, dia bukan tetangga yang merasa perlu malu kepadamu.”
Aus berkata, “Masuklah. Buhaisah.” Aus memanggil anak perempuannya yang ketiga. Dia berkata kepadanya seperti yang dia katakan kepada dua anaknya sebelumnya, maka Buhaisah menjawab, “Baik, saya menerima.” Aus bertanya, “Tetapi dua saudarimu menolak.” Buhaisah menjawab, “Aku adalah wanita dengan wajah yang cantik, bisa melakukan, berakhlak luhur dan berbapak mulia, bila dia nanti metalakku maka dia tidak akan menemukan penggantiku yang baik.”
Akhirnya Aus menikahkan Buhaisah putrinya dengan Harits, selepas akad, sebuah rumah sudah disiapkan untuk mereka, Buhaisah ada di dalam rumah itu. Kharijah berkata, manakala Harits masuk, tiba-tiba dia keluar lagi. Aku bertanya kepadanya, “Sudah selesai?” Harits menjawab, “Belum.” Aku bertanya, “Bagaimana?” Harits menjawab, “Manakala aku datang kepadanya, dia berkata kepadaku, ‘Jangan, aku memohon kepadamu, kurang patut kamu melakukan di tengah-tengah saudara-saudaraku dan bapak ibuku.”
Kharijah berkata, kami pulang, Harits membawa serta istrinya Buhaisah, di tengah perjalanan, kami singgah istriharat, Harits dan istrinya mengambil tempat tersendiri, selang beberapa saat, dia menemuiku, aku bertanya, “Sudah?” Dia menjawab, “Belum, saat aku mendatanginya dan menginginkannya, dia berkata, ‘Tidak, jangan memperlakukanku seperti budak yang dijualbelikan atau wanita tawanan. Nanti saja saat tiba di rumahmu, saat itu engkau menyembeli domba-domba dan unta-unta, engkau mengundang orang-orang.” Harits berkata, “Wahai Kharijah, aku melihatnya sebagai wanita teguh dan berakal.”
Kharijah berkata, kami tiba di kampung halaman kami, lalu Harits mengumpulkan domba-domba dan unta-unta, dia menyembelih semuanya dan mengundang orang-orang, setelah walimah besar digelar, Harits datang kepada istrinya, namun tidak lama dia sudah keluar lagi, aku bertanya kepadanya, “Sudah?” Harits menjawab, “Belum.” Aku bertanya,, “Mengapa?” Harits menjawab, “Saat aku tiba di hadapannya, dia berkata, ‘Engkau sudah melakukan apa yang patut engkau lakukan, namun aku masih belum melihat sesuatu yang diceritakan orang-orang kepadaku tentangmu.’ Aku bertanya, ‘Apa maksudmu?’ Dia berkata kepadaku, ‘Apakah engkau merasa nyaman bersamaku di sini, sementara di luar sana orang-orang Arab saling bunuh membunuh?’ Harits bertanya, ‘Kamu menyuruhku melakukan apa?’ Dia menjawab, ‘Damaikan mereka, setelah itu kembalilah kepadaku dan engkau akan mendapatkan dariku segala yang engkau inginkan.”
Kharijah berkata, maka Harits berkata kepadaku, “Kita pergi.” Lalu kami mendatangi dua kabilah besar yang sedang bertikai, kamu berusaha mendamaikan mereka dan akhirnya mereka mau damai dengan syarat korban yang terbunuh dibayar dengan ganti rugi diyat, maka Harits dan koleganya bersedia memikul ganti rugi diyat yang berjumlah tiga ribu unta yang dibayar selama tiga tahun.
Itulah perdamian dua kabilah yang berperang Abs dan Dzubyan, berkat inisiatif dari seorang istri, Buhaisah pencipta perdamaian. Wallahu a’lam. 

Khilaf Ulama Mengenai Penukaran Matawang & Emas

Beberapa pendapat ulama’ yang bertentangan sesama mereka disebabkan pemahaman yang berbeza dalam menilai hadith. Ibnu Taymiyyah lebih melihat kepada maslahat ummah dengan menjadikan ‘illah utama riba adalah harga matawang yang menjadi ukuran kepada semua barangan. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. dan sahabat, emas dan perak merupakan matawang utama dalam urusniaga mereka. Berbeza pada zaman kini di mana emas dan perak hanya menjadi barangan perhiasan yang mempunyai nilai manakala wang fiat berfungsi sebagai matawang utama dalam urusniaga jual beli. Ibnu Taimiyyah melihat di mana tujuan utama riba itu diharamkan sama ada pada fizikal barang ribawi itu sendiri atau maksad[1] kepada hukum pengharaman riba.
Dalam hal ini, jumhur ulama’ melihat kepada zahir hadith dimana wujud riba diantara pertukaran emas dan perak dengan barangan emas dan perak atau dengan wang fiat. Jadual di bawah menunjukkan beberapa isu utama yang terdapat perbezaan antara Ibnu Taymiyyah, jumhur ulama’ dan beberapa ulama’ lain.
ISU & MASALAH
ULAMA’ YANG  MENGAHARAMKAN / RIBA
ULAMA’ YANG MENGHARUSKAN / BUKAN RIBA
Pertukaran dinar emas dengan barangan emas tempaan atau tukangan secara adanya lebihan
Jumhur ulama’
Ibnu Taymiyyah
Ibnu Qayyim
Salman Al-Awdah
Pertukaran dinar emas dengan barangan emas tempaan atau tukangan secara hutang / ansuran
Jumhur Ulama’
Ibnu Taymiyyah
Ibnu Qayyim
Salman Al-Awdah
Ibnu Mufleh AlHanbal
Imam an-Nawawiy
Jual beli barangan emas tempaan atau tukangan dengan wang fiat secara adanya lebihan.
Jumhur Ulama’
Ulama’ Semasa
Ahmad Husainiy
Ibnu Taymiyyah
Ibnu Qayyim
Salman Al-Awdah
Ulama’ mazhab zahiri
Mengharuskan lebihan / ansuran dalam transaksi wang fiat dengan wang fiat.
( Beranggapan wang bukan barang ribawi )
Jumhur Ulama’
Ulama’ Semasa
Ibnu Taymiyyah
Ibnu Qayyim
Ulama’ mazhab zahiri

JADUAL 1 – Perbandingan pendapat ulama’

Walaupun terdapat syubhah[2] atau wasilah[3] kepada riba, ia bukan haram secara mutlak kerana terdapat perbezaan dikalangan ulama’ dalam memahami hadith. Terdapat helah dan wasilah yang masih kekal meskipun para mujtahid[4] dan pihak berwajib berusaha menghalangnya. Oleh itu, ada kalanya juga ia perlu diberi ruang dan terserah kepada ketakwaan dan kewarakan setiap individu dalam menentukan pilihannya.



[1] Tujuan kepada hukum disyariaatkan. ( مقاصد )
[2] Ragu – ragu, was-was atau tidak jelas
[3] Helah / jalan lain
[4] Ulama’ yang berijtihad akan hukum agama

Mueez Ahmad