E-Gold merupakan satu matawang
eletronik yang memiliki 100% sandaran emas. Individu yang ingin membeli emas
tersebut perlu membuka akaun simpanan yang dinyatakan unit emas dan dikehendaki
membayar dengan nilai tertentu. Pemilik akaun tersebut tidak menerima fizikal
emas tersebut kerana ia disimpan oleh syarikat.
Fizikal emas
sememangnya wujud. Namun, urusniaga ini seperti tidak sempurna kerana pembelian
yang tidak secara lani[1]
sepertimana pendapat jumhur ulama’. Walau bagaimana sepertimana pandangan
Ibn Taymiyyah dan juga pandangan beberapa ulama’ lain sebagaimana yang telah
dinyatakan di atas telah merumuskan bahawa jual beli mata wang dengan emas
adalah dibenarkan sama ada secara tunai atau tertangguh maka urns niaga e-gold
ini dianggap sah sama ada transaksi berlaku secara segera (tunai) atau
tertangguh. Namun demikian transaksi ini akan sah jika barangan yang dijual
beli (iaitu emas yang menjadi sandaran e-gold) sememangnya wujud. Oleh itu urns
niaga e-gold dianggap sah sekiranya memenuhi syarat berikut:
i) Sandaran emas sememangnya wujud.
ii) Fizikal
emas yang disediakan sebagai sandaran akaun kepada setiap individu pembeli
diberikan secara berasingan.
Sebaliknya
urus niaga adalah tidak sah sekira berlaku dua keadaan berikut:
i) Fizikal
emas yang sebenarnya tidak wujud sebaliknya hanya dinyatakan dalam akaun sahaja.
Keadaan ini berlaku apabila penyimpan yang ingin membeli/menyimpan sejumlah
wang ditukarkan nilainya dalam akaun simpanan kepada nilai ukuran atau
timbangan emas harga semasa sedangkan ia tidak melalui proses jual beli emas.
ii) Fizikal
emas sekiranya ada tetapi diguna secara bersama untuk kesemua pembeli/penyimpan
iaitu kesemua penyimpan dirujuk kepada fizikal emas yang sama. Keadaan ini
berkemungkinan akan berlaku sekiranya jumlah keseluruhan simpanan oleh
penyimpan melebihi sandaran fizikal yang dimiliki oleh syarikat.
Sehubungan
dengan pandangan Ibn Taymiyyah tersebut maka urus niaga e-gold adalah
dibenarkan sama ada dijalankan secara tunai atau tertangguh. Namun demikian
harus diingat bahawa ia perlu memenuhi syarat yang dinyatakan iaitu wujud
fizikal emas sebagai sandaran dan diperuntukkan kepada setiap pembeli /
penyimpan secara bersendirian. Sekiranya syarikat pengeluar tidak jujur iaitu
tanpa emas, atau dengan cara menggunakan fizikal emas yang sama kepada semua
pembeli/penyimpan berulang kali maka transaksi tersebut adalah tidak sah.
No comments:
Post a Comment