Malaysia Airlines pernah menjadi sebuah syarikat penerbangan di Asia suatu ketika daluhu. Namun, dengan berlakunya beberapa tragedi yang menimpa MAS, syarikat ikut kini dilihat mempunyai masalah dalam pengurusan. di bawah terdapat sedikit analisa mengenai MAS.
KEKUATAN (STRENGTH)
i. Mempunyai sokongan yang kuat daripada kerajaan
Sebagaimana yang kita semua sedia
maklum, Malaysia Airlines merupakan satu syarikat penerbangan yang mempunyai
sokongan yang kuat daripada kerajaan. Sebelum ini, kerajaan telah banyak
membantu MAS dari segi dana dan sekarang apabila terdapat isu besar dimana
susulan daripada penstrukturan semula syarikat penerbangan itu, MAS akan
memberhentikan 30% daripada jumlah pekerja yang dimiliki MAS, kerajaan
dikatakan akan berusaha untuk membantu warga kerja Malaysia Airlines untuk
diserap ke dalam tenaga kerja lain.
ii. Salah satu syarikat
penerbangan yang yang popular didunia
Malaysia Airlines merupakan
syarikat penerbangan pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Pada suatu ketika
dulu, Malaysia Airlines merupakan satu penerbangan yang popular didunia.
Malaysia Airlines dikenali sebagai salah sebuah syarikat penerbangan yang
menyediakan perkhidmatan penerbangan ke pelbagai destinasi, selesa dan mesra
pelanggan. Malaysia Airlines telah memenangi beberapa anugerah sepanjang
penubuhannya. Sehingga sekarang, Malaysia Airlines masih dikenali di serata
dunia.
KELEMAHAN (WEAKNESS)
i. Harga tambang yang mahal
Salah satu kelemahan terbesar MAS
ialah tambangnya yang mahal. Bagi sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan
perkhidmatan, harga tiket sangat memberi pengaruh besar kepada pembuatan
keputusan pelanggan. Apabila harga tambang MAS lebih mahal berbanding tambang
syarikat yang lain seperti AirAsia dan Malindo, pelanggan lebih cenderung untuk
memilih syarikat penerbangan yang lebih murah. Sekiranya hal ini berterusan,
dikhuatiri ianya akan menambahkan lagi kerugian yang dialami oleh MAS pada masa
kini.
ii. Dinilai buruk oleh masyarakat
Sebagaimana yang kita sedia
maklum, sebelum ini MAS merupakan salah satu syarikat penerbangan yang popular
di Malaysia dan dikenali di serata dunia dengan prestasinya yang cemerlang.
Namun, pretasi MAS semakin merosot tahun demi tahun. Ditambahkan lagi dengan
insiden kehilangan salah sebuah pesawat MAS, MH370 telah memburukkan lagi
pandangan dan persepsi masyarakat terhadap syarikat MAS. Tidak cukup dengan
itu, belum masalah atau isu MH370 selesai, MAS diuji lagi dengan satu insiden
dimana MH17 yang dalam perjalana ke Amsterdam telah ditembak jatuh oleh pesawat
pejuang Ukraine. Kedua-dua insiden yang melibatkan dua pesawat milik MAS telah
memberikan pandangan dan persepsi yang buruk dari masyarkat di serata dunia
terhadap MAS. Masyarakt juga dikatakan hilang keyakinan terhadap MAS ekoran
daripada kejadian tersebut.
iii. Mempunyai kewangan yang lemah
Sebelum timbulnya isu pentadbiran
CEO baru yang lemah dan isu MH370 serta MH17, MAS dikatakan memang sedang
mempunyai masalah kewangan yang agak teruk dimana MAS menanggung jumlah hutang
yang sangat besar. Jumlah hutang MAS semakin bertambah ekoran daripada insiden
yang menimpa MAS iaitu insiden kehilangan MH370 dan insiden MH17 yang ditembak
jatuh. Sistem kewangan yang lemah juga merupakan salah satu kelemahan MAS yang
menyumbang kepada kejatuhan MAS.
iv. Kurang promosi
Malaysia Airlines merupakan sebuah
syarikat yang terkenal dan menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa
berbanding penerbangan lain seperti AirAsia. Walaubagaimanapun, selepas insiden
MH370 dan MH17 yang menimpa MAS telah menyebabkan prestasi MAS semakin merosot,
masyarakat hilang keyakinan dengan MAS dan ditambahkan lagi dengan harga tiket
yang mahal menyebabkan penumpang MAS semakin berkurang hari demi hari sehingga
menyebabkan MAS mengalami kerugian hampir 3 juta sehari. Dalam situasi
sebegini, MAS sepatutnya menjalankan promosi untuk menarik menarik minat
pelanggan untuk memilih MAS. Namun, MAS kurang mengadakan promosi mungkin
akibat daripada kerugian yang dialami.
Iklan MAS
Iklan MAS
No comments:
Post a Comment