Friday, 26 June 2015

BARANG RIBAWI DAN ‘ILLAHNYA.

1     Barang ribawi telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai barang yang tidak boleh ditukar dengan barangan yang sama secara berlebihan. Terdapat 6 barang ribawi yang disepakati oleh ulama’ iaitu Emas, perak, tamar, gamdum, barli dan garam. Ini diambil berdasarkan hadith yang diriwyatkan oleh Ubadah bin Thamith Yang Meenyatakan :

الذَّهَبُ بِالذَّهَب وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, sya’ir (gandum yang lebih rendah kualitasnya) dengan sya’ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam, pertukarannya harus semisal dan semisal, sama dan sama, tangan dan tangan. Maka jika terjadi perbedaan pada barang-barang ini lakukanlah jual beli semau kalian selama dilakukan antara tangan dan tangan.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu’anhu, dan lafaz ini milik Muslim]

Berdasarkan Hadith di atas, barang ribawi boleh dikategorikan kepada dua iaitu logam dan bukan logam. Pertukaran daripada barang ribawi hendaklah sama jenis dan sama nilai pertukarannya.

Para ulama’ membincangkan ‘illah[1] barang ribawi berdasarkan keadaan barang tersebut. Pada zahir barangan logam seperti emas dan perak, ‘illahnya adalah harga menurut pandangan Mazhab Syafie, Maliki, dan riwayat Imam Ahmad Bin Hanbal. Pendapat ini ada persamaan dengan pendapat Imam Ibnu Taymiyyah mengenai barangan logam dalam ‘illah barangan ribawi adalah sifatnya yang boleh dijadikan harga. Beliau berpendapat riba hanya berlaku kepada sesuatu yang dinamakan sebagai matawang. Ini berbeza dengan pendapat Mazhab Hanafi yang menyatakan ‘illah bagi logam barangan ribawi adalah timbangan. Namun begitu, jumhur ulama’ sepakat bahawa barang bukan logam. ‘illahnya adalah timbangan.

Maka, ‘illah riba ini terhad kepada apa yang dinamakan wang tetap dengan harga terhadap semua barang, iaitu emas dan perak. Sesuatu yang boleh dijadikan fungsi matawang dalam ukurun urusniaga jual beli seperti wang fiat yang dibuat daripada kertas, logam, dan sepertinya. Oleh itu, barangan ribawi yang bukan logam tidak menjadi perbahasan riba kerana ‘illahnya yang tidak menjadi asas kepada harga mengikut zaman sekarang.



[1] Punca utama kenapa sesuatu sifat hukum di syariaatkan

No comments:

Post a Comment