Aku sebenarnya tak pernah tulis blog sendiri. Ini pertama kalinya aku cuba menengahkan kisah aku dalam mendekali dunia blogger yang tidak pernah buat penulisan untuk diri sendiri. pada kali ini aku menulis untuk Kursus Aplikasi Komputer yang menjadikan 28 posting blog sebagai salah satu tugasan individu. Pergh, 28 posting??? Posting pada wall FB pon banyak copy yang orang punya. Itu pun 2 bulan sekali je.
Aku mengenali dunia blog seawal usia 17 tahun. Pada itu itu aku mempunyai blog sendiri hasil daripada pengubahan penulisan orang lain. Waktu itu aku menggunakan nama samaran sebagai platform untuk berinteraksi di dunia maya. Namun, setelah tidak dapat banyak sambutan. Aku meninggalkan gejala membuat blog dan tidak mengendahkannya lagi. Setelah aku mula bekerja, aku terpaksa menggunakanya kembali keranan ia adalah salah satu daripada tugas dalam pekerjaan aku.
Ketika berumur 21 tahun. Aku mula bekerja di sebuah syarikat di Gombak. Di saat itu aku sudah mengexsplore banyak perkara mengenai blogging kerana syarikat yang aku bekerja tidak mahu mengeluarkan budjet untuk punyai server sendiri. Bermulalah tugas aku untuk menjadikan blogger setaraf dengan website-website yang lain. Aku menambil masa 1 minggu untuk mengenali susunan atur dalam applikasi blogger. Aku memilih blogger kerana ia adalah aplikasi blog yang paling mudah.
Hampir setiap minggu aku memuat naik artikel-artikel terbaru. Ada yang berkaitan dengan kerja dan ada yang tidak berkaitan. Aku pernah memuat naik artikel berkenaan binatang, tumbuh-tumbuhan dan juga makanan semata - mata untuk melepaskan tanggungjawab sebagai pembantu tadbir di sana.
No comments:
Post a Comment