Beberapa pendapat ulama’ yang bertentangan
sesama mereka disebabkan pemahaman yang berbeza dalam menilai hadith. Ibnu Taymiyyah lebih melihat kepada
maslahat ummah dengan menjadikan ‘illah
utama riba adalah harga matawang yang menjadi ukuran kepada semua barangan.
Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. dan sahabat, emas dan perak merupakan matawang
utama dalam urusniaga mereka. Berbeza pada zaman kini di mana emas dan perak
hanya menjadi barangan perhiasan yang mempunyai nilai manakala wang fiat
berfungsi sebagai matawang utama dalam urusniaga jual beli. Ibnu Taimiyyah
melihat di mana tujuan utama riba itu diharamkan sama ada pada fizikal barang
ribawi itu sendiri atau maksad[1]
kepada hukum pengharaman riba.
Dalam
hal ini, jumhur ulama’ melihat kepada zahir hadith dimana wujud riba diantara
pertukaran emas dan perak dengan barangan emas dan perak atau dengan wang fiat.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa isu utama yang terdapat perbezaan antara Ibnu Taymiyyah, jumhur ulama’ dan
beberapa ulama’ lain.
ISU
& MASALAH
|
ULAMA’
YANG MENGAHARAMKAN / RIBA
|
ULAMA’
YANG MENGHARUSKAN / BUKAN RIBA
|
Pertukaran dinar emas dengan barangan
emas tempaan atau tukangan secara adanya lebihan
|
Jumhur ulama’
|
Ibnu Taymiyyah
Ibnu Qayyim
Salman Al-Awdah
|
Pertukaran dinar emas dengan barangan
emas tempaan atau tukangan secara hutang / ansuran
|
Jumhur Ulama’
|
Ibnu Taymiyyah
Ibnu Qayyim
Salman Al-Awdah
Ibnu Mufleh AlHanbal
Imam an-Nawawiy
|
Jual beli barangan emas tempaan atau
tukangan dengan wang fiat secara adanya lebihan.
|
Jumhur Ulama’
Ulama’ Semasa
Ahmad Husainiy
|
Ibnu Taymiyyah
Ibnu Qayyim
Salman Al-Awdah
Ulama’
mazhab zahiri
|
Mengharuskan lebihan / ansuran dalam
transaksi wang fiat dengan wang fiat.
( Beranggapan wang bukan barang ribawi ) |
Jumhur Ulama’
Ulama’ Semasa
Ibnu Taymiyyah
Ibnu Qayyim
|
Ulama’ mazhab zahiri
|
JADUAL 1 – Perbandingan pendapat ulama’
Walaupun
terdapat syubhah[2]
atau wasilah[3]
kepada riba, ia bukan haram secara mutlak kerana terdapat perbezaan dikalangan ulama’
dalam memahami hadith. Terdapat helah dan wasilah yang masih kekal meskipun
para mujtahid[4]
dan pihak berwajib berusaha menghalangnya. Oleh itu, ada kalanya juga ia perlu
diberi ruang dan terserah kepada ketakwaan dan kewarakan setiap individu dalam
menentukan pilihannya.
No comments:
Post a Comment