Friday, 26 June 2015

WANG FIAT & HUKUM SEKITARNYA

Persoalan ini agak berbeza dengan persoalan yang sebelum ini kerana masalah ini khusus utuk balasan terhadap harga emas. Iaitu wang fiat sama ada ia ringgit, riyal dolar, bath, rupiah dan lain-lain matawang yang diiktiraf kerajaan. Menurut pandangan kebanyakan ulama’ semasa, wang fiat berlaku padanya riba dengan  diqiyaskan kepada emas dan perak. Ini kerana nilai sesuatu barang di tentukar kadarnya berdasarkan emas dan perak. Ini bermkana wang kertas telah mengambil tempat emas dan perak sebagai fungsi sesuatu harga dan sudah semestinya ia  dijalankan mengikut hukum emas dan perak.

Ibnu Taymiyyah berpendapat berlaku riba diantara pertukaran mata wang dengan emas. Ini kerana ‘illah riba kepada emas itu adalah kedudukan sebagai harga, sama seperti mata wang. Namun demikian, pendapat beliau masih sama terhadap barangan emas atau perak ( yang berlaku tempaan atau tukangan )  di mana tidak berlaku riba padanya dan boleh di jual beli secara bertangguh atau ada lebihan.

Pendapat ini bertentangan dengan jumhur ulama’ yang mengatakan barang kemas juga dikenakan hukum hakam emas dan perak. Disebabkan wang kertas disandarkan kepada emas, ia tetap menjadi riba jika berlaku lebihan dalam urus niaga atau secaraca hutang.

Beberapa ulama’ Zahiri seperti Ibnu Aqil telah menghadkan riba kepad enam perkara sahaja seperti yang disebutkan dalam hadith. Mereka berpendapat wang fiat bukan barangan ribawi dan menyokong pendapat Ibnu Taymiyyah mengenai pertukaran emas dan perak dengan wang fiat secara lebihan dan secara hutang.

Menurut Salman al-‘Awdah, pandangan yang membolehkan jual beli barangan kemas dengan mata wang secara bertangguh ini mempunyai alasan dan hujah yang berbeza antara satu dengan yang lain. Secara umumnya, ia hanya tertumpu kepada dua kemungkinan, iaitu sama ada:
i.            ‘illah pada emas dan perak itu adalah kerana harga maka terkeluar barangan kemas kerana ia bukanlah harga tetapi sama seperti barangan dagangan lainnya (kecuali ia hendak dijadikan sebagai harga) atau

ii.            ‘illah itu adalah kedudukannya sebagai emas dan perak. ‘illah itu hanya terhad kepada kedua-duanya sahaja, tidak dipanjangkan kepada perkara lain. Oleh itu, mata wang kertas bukanlah emas atau perak secara mutlak

No comments:

Post a Comment