Friday, 26 June 2015

Hukum Pertukaran Antara Emas Tulen & Dinar Secara Hutang

Jual beli secara hutang dibenarkan dalam Islam sebagai altenatif kepada pinjaman secara bertangguh dengan adanya lebihan. Dalm urusniaga ini, pembeli layak untuk mengambil lebihan lantaran mengambil kira jangka waktu nilai matawang yang semakin meningkat  dan risiko sepanjang pembayaran. Dalam urusniaga barang kemas juga demikian. Memandangkan bayaran kini boleh dilakukan dengan pantas tanpa perlu menyerahkan zahir wang menjadikan penyerahan barang kemas secara tangguhan. Para pedagang memerlukan masa lebih kurang 20 hari hingga tiga bulan untuk melakukan akad jual beli tersebut. Jika bayaran ditangguh ketiga tempahan dibuat, ini boleh mendatangkan kerumitan dan membekukan modal. Dalam meneliti masalah ini, Ibnu Taymiyyah membolehkan barang kemas dijual dengan emas secara bertangguh.

Pendapat Ibnu Taymiyyah ini bertentangan dengan jumhur ulama’ yang Pendapat ini bertentangan dengan pendapat jumhur ulama’ yang menyatakan, sebarang bentuk emas sama ada berbentuk ketulan, ditempa atau disadur dengan emas tidak sah dilakukan jual beli secara bertangguh. Mereka berhujah dengan beberapa hadith yang melarang jual beli secara bertangguh.

Pada asalnya, Ibnu Taymiyyah berpendapat sama dengan jumhur ulama’ seperti yang dinyatakan dalam majmu’ al-fatawa yang menukilkan pendapat ulama’ mengenainya. Tetapi pendapat ini bertentangan dengan penilusannya seperti yang tertulis dalam Tafsir Ayat Ashkalat. Salman al-‘Awdah telah menegaskan bahawa (Salman, 2000): "Sebenarnya Ibnu Taymiyyah telah menarik balik pendapatnya yang telah mengharamkan transaksi ini kepada pendapat yang mengharuskan."

Secara umumnya, rumusan yang ditulis oleh Salman al-‘Awdah mengenai pandangan semula Ibnu Taymiyyah telah merumuskan bahawa emas dan perak itu telah bertukar fungsinya, tidak lagi sebagai medium pertukaran tetapi ia telah jadi barang dagangan. Oleh itu maka harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran. Pendapat ini dikosong oleh Ibnu Qayyim, Abbas Muhammad al-Baz dan Imam An-Nawawiy. Antara hujah yang dikemukakan oleh Ibnu Taymiyyah adalah :

i.                    ‘illah riba pada emas dan perak adalah kedudukan kedua-duanya sebagai harga. Sekiranya kedua-duanya telah menjadi perhiasan maka hanyalah semata-mata barangan sama seperti barangan lain yang diperniagakan. Dengan ini, ia boleh dijual secara berlebih kurang, tanpa persamaan dan segi timbangan dan boleh dijualbeli secara tangguh dan ansuran.

Emas dan perak adalah matawang yang diwajbkan zakat padanya tanpa perselisihan pandangan tetapi jika kedua-duanya dalam bentuk perhiasan maka tidak dikenakan zakat menurut kebanyakan ulama’ (semua mazhab fiqh kecuali mazhab Hanafi). Dengan ini, jelaslah bahawa perhiasan itu adalah barangan dan boleh dijual beli seperti biasa dan secara bertangguh

No comments:

Post a Comment